CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Januari 2010

RENUNGAN BUAT SEORANG LELAKI

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

13. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

14. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

15. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

16. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

17. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

18. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

19. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

20. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

21 Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Selasa, 12 Januari 2010

KATA-KATA HIKMAH UNTUKMU TEMAN

Sahabatku... Usahlah dikau bersedih atas kegagalan dan kesilapan yang lampau.. Sebaliknya, kuatkanlah kakimu dan bukalah langkahmu! Tempuhlah segala cubaan dan dugaan yang berada dihadapanmu dengan sabar dan berani. Jangan takut untuk melangkah. Ingatlah kejayaan menantimu! Sekali kau gagal bukan bererti selamanya kau kecundang. tetapi ingatlah, kegagalan itulah pemacu dan pemangkin segala kejayaan di masa akan datang. Insya Allah....

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU KEPADA SEMUA RAKAN2, SAHABAT2, KAWAN2, DAN SEMUA SEKALI. MOGA DENGAN KEDATANGAN TAHUN BARU INI AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI SEGALA DUGAAN, CUBAAN DAN ONAK DURI DALAM MENEMPUH HIDUP YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENCABAR INI.. KEPADA SAHABAT2 AKU MASIH DAHAGAKAN TUNJUK AJAR DAN NASIHAT DARI KALIAN DALAM MEMBENTUK PERIBADI DAN AKHLAK KU. MOGA KITA SEMUA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN.......INSYAALLAH...