CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 7 Jun 2009

PERKARA ASAS TENTANG MAZHAB

  • Mazhab merupakan madrasah dan aliran-aliran fiqah bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya. Ia adalah metodologi-metodologi fiqah dalam beristinbat (mengeluarkan hukum) dan mengetahui hukum. Ia bukan syariat baru dan bukan sesuatu yang lain daripada Islam.
  • Nas-nas Al-Quran dan Hadis lebih besar dan lebih besar daripada mana-mana mazhab.
  • Syariat Islam menjadi hujah ke atas setiap Mazhab, bukan Mazhab yang menjadi hujah ke atas Syariat Islam.
  • Asas yang mengharuskan mengikut Mazhab adalah kerana diyakini bahawa Mazhab telah berjaya memperkenalkan hukum-hakam Syariat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah. Dengan itu, apabila ternyata bahawa Mazhab tertentu tersalah dalam sesuatu masalah dan yang betulnya berada di satu pihak yang lain, maka perlulah orang yang mengikut Mazhab itu berpaling daripada Mazhabnya dalam masalah itu kepada pandangan Mazhab yang lebih tepat.
  • Harus mengikut Mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu kerana tidak wajib terikat kepada semua ijtihad Mazhab yang menjadi ikutannya. Tetapi, ikutan kepada Mazhab lain itu mestilah mempunyai dalil-dalil yang kuat menyokong.
  • Sebagai muqallid (pengikut Mazhab), hendaklah bebaskan dirinya daripada sifat taksub bermazhab secara melulu kerana Mazhab-mazhab fiqah bukannya pemecah belahkan Islam dan bukan sebagai agama yang menasakhkan Syariat Islam. Ia sebagai metodologi dalam penyelidikan di samping cara ilmiah dalam mengistinbatkan hukum.
  • Tidak perlu berasa sempit dada dengan perbezaan Mazhab dan ijtihad Mazhab-mazhab kerana perbezaan kefahaman itu sesuatu yang tabii kepada semua manusia.
  • Memahami dan menghargai daya usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin daripada pelbagai Mazhab ini. Hendaklah kita hormati dan mendoakan kebaikan mereka.

0 ulasan: