CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 Julai 2009

AMALAN-AMALAN DI BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW
.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Isnin, 27 Julai 2009

TENTATIF DAN ACARA FESTIVAL KEDAH

TENTATIF DAN ACARA FESTIVAL KEDAH
27/7/2009 (ISNIN)


8.00 pagi : Senamrobik (Wanita sahaja)
: Expo Penternak, Peladang dan Nelayan.
: Pameran Program Pembangunan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan dan GLC.
: Pameran dan Jualan Produk oleh Syarikat Swasta & Usahawan Tempatan.

10.00 pagi : Bicara Wanita.

3.00 petang : Forum "Rebranding Indian Community Towards Kedah Sejahtera".

9.00 malam : Persembahan Konsert Artist Jemputan :

- Ramli Sarip
- Ezad Exist
- Live Band


Ahad, 26 Julai 2009

HPA MASUK TV9 ACARA KOPI TARIK

video
Sila KLIK video di atas untuk tontonan


Tahniah diucapkan kepada HPA yang baru sahaja selesai menerusi siaran langsung TV9 yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi tadi dalam acara "Kopi Tarik". Banyak acara-acara lagi yang berlangsung pada pagi tadi menerusi TV9 antara-antaranya ialah seperti "Persembahan Memasak" selain acara "Kopi Tarik". Pengacara yang dihoskan dalam acara "Kopi Tarik" ialah pengacara TV9, Farah Adeeba selain juga turut hadir pengacara tersebut ialah Aziz Desa. Alhamdulillah, "Kopi Radix HPA" menjadi Product Killer yang menjadi rebutan dan pilihan para pengunjung-pengunjung,artist-artist dan tidak lupa juga pengacara TV9 sendiri (Farah Adeeba & Aziz Desa) yang tidak putus-putus mencubanya beberapa kali "Kopi Radix" dan mereka menyatakan bahawa kopi HPA sangat-sangat sedap. "MAI SECAWAN......." Itulah antara slogan-slogan yang diutarakan oleh mereka.

Sabtu, 25 Julai 2009

4 PERKARA

Telah Bersabda Nabi s.a.w :
Yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Khamis, 23 Julai 2009

KEBERSIHAN JASMANI

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yg telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa susah dari perkara yg menyakitkan manusia." (H.R Muslim)

Rasulullah SAW sangat melarang orang2 yg makan sayuran yg berbau busuk supaya tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan malaikat dan manusia.

Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kpd kita kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yg memakai pakaian kotor lalu baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yg dipakai untuk membasuh pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')

Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis2 dgn pakaian yg kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yg demikian menyedari hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslm sentiasa bersih badan dan pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang. RSAW bersabda: "Tidak mengapa kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian utk hari Jumaat selain dari dua pakaian kerja" (H.R Abu Daud)

Selasa, 21 Julai 2009

SAHABAT YANG SOLEH

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN



Isnin, 20 Julai 2009

BULAN REJAB

Nabi s.a.w. telah bersabda; " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Baihaqi

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj." Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." - Riwayat Tirmidzi

Jumaat, 17 Julai 2009

SALAM SEJAHTERA SEMUA

Assalamualaikum kepada semua peminat dan pembaca blog saya ini. Alhamdulillah terlebih dahulu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk saya menyiapkan blog yang berwajah baru yang tak seberapa ini. Insya Allah, sekiranya anda ada komen apa-apa tentang blog ini diharapkan sudi menaip komen anda di ruang yang telah disediakan di bawah. Sekian terima kasih.

Selasa, 14 Julai 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sabtu, 11 Julai 2009

MENGUNDI HAMPIR TIBA




Pilihanraya kecil di Manek Urai, Kelantan hampir tiba iaitu pada tarikh 14 hb Julai 2009 ini.....Insya Allah, sama-sama kita mendoakan kejayaan PAS nanti.

Selasa, 7 Julai 2009

HASAD DENGKI

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI
Di dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yg menimbulkan perasaan hasad dengki:
Antara lain:

# Perasaan Permusuhan dan Kebencian #
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang telah disakiti oleh seesorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang aggresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

# Merasa Diri Mulia #
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, 'ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

# Takabbur #
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi dapat merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

# 'Ujub #
Pernah Allah SWT jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta'jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Qur'an:
"Bukankah kamu tak lebih dari manusia (biasa) seperti kami juga?"
Dan ungkapan yang berbunyi:
"Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?"
Golongan tersebut merasa anih melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah SWT ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

# Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan #
Biasanya perasaan ini ujud dalam kalangan orang yang saling berlumba lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

# Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti #
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan - bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu - telah menguasai dirinya, tiba tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini niscaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

# Busuk Hati #
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Khamis, 2 Julai 2009

INGATLAH ALLAH

di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

Rabu, 1 Julai 2009

BICARA DENGAN BAHASA HATI

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya.Anda tak akan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detik jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan anda.