CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 18 Disember 2009

PERJUANGAN UMAR AL KHATAB

Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Saidina Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo'ah, seorang Majusi dari Iran . Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Saidina Umar meninggal pada hari yang sama dan telah ditanam bersebelahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah.

Saidina Umar diangkat sebagai khalifah oleh Saidina Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Saidina Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Saidina Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan.

Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam.

Sebelum Islamnya, Saidina Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Saidina Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Abu Bakar".

Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Saidina Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga.

Saidina Umar, semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan.

Setiap tahun, Saidina Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Saidina Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Saidina Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah.

Semasa hidup Saidina Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskinpun tidak larat nak makan makanan seperti Saidina Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Saidina Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Saidina Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa.

Saidina Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ".

Setiap malam, Saidina Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. "

Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau telahpun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegor. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Saidina Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya."

Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha kearah bertaqwa kepada Allah. Saidina Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah.

Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun
Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar.
Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri
Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin
Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain
Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah
Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai
dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif.

Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat.

Kullu Am Antum Bikhair.

AWAL MUHARAM MAAL HIJRAH


Menjelang bulan Muharam, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sibuk membuat persiapan untuk menyambut “Maal Hijrah”. Beberapa stesen radio dan televisyen turut menyiarkan iklan atau promo mengenainya selain daripada rencana dan drama bagi membangkitkan semangat hijrah dalam kalangan umat Islam.

Pada malam satu Muharam pula setiap masjid negeri mengadakan ceramah atau forum mengenai hijrah dan pada esok harinya kerajaan sama ada pusat atau negeri pula mengadakan sambutan rasmi. Pada hari itu juga beberapa orang diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah.

Tetapi sebagai umat Islam, apa yang anda fikirkan untuk menerima dan menyambut kedatangan tahun baru, awal Muharam 1431H ini. Sudah bersediakan anda untuk berhijrah daripada sikap berlebih kurang tentang agama kepada yang lebih serius untuk melaksanakan Islam dalam diri, masyarakat, kampung dan negeri serta negara.

Apakah kita masih ada rasa takut untuk melakukan hukum Allah kerana takut apa kata orang, takut nanti orang bukan Islam kata apa-apa, dan takut nanti orang menentang dan memusuhi kita. Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah, inilah golongan syirik yang ramai tidak tahu.

Sebenarnya untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini adalah hak kita. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang kita melaksanakannya. Tidak undang-undang yang boleh menyekat pengamalan Islam kita. Tetapi yang menyebabkan pengamalan Islam kita tidak sempurna pada masa kini adalah kerana kita sendiri.

Sudah tentu tiada siapa yang boleh menghalangnya melakukan solat di rumahnya. Kalau pun isteri atau ayah menghalang, kita boleh melawannya. Di tempat kerja, tiada majikan yang mah menghalang kita untuk solat. Kadang-kadang ada majikan yang menghalang tetapi adalah kerana sikap pekerjanya yang menyalahgunakan peluang bersolat, mereka tidur atau berborak. Ertinya bukan majikan yang menghalang.

Mungkin ada orang berhujjah, kerajaan menghalang kita melaksanakan hukum hudud. Di sinilah kesilapan umat Islam dalam menilai haknya, dan mana pula hak kerajaan. Sebenarnya, hak melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah kerajaan, tidak kena mengena dengan umat Islam. Kita tidak berdosa dengan kegagalan kerajaan melaksanakan hukum hudud.

Walau bagaimanapun dalam hal ini kita jangan lupa bahawa terdapat juga hak kita ialah hak tidak melakukan kesalahan hudud. Hak ini kekal walaupun kerajaan tidak melaksanakan hukum itu. Maknanya, semua manusia terutama umat Islam tidak boleh berzina, tidak boleh mencuri, tidak boleh murtad, tidak boleh minum arak dan tidak boleh membunuh orang.

Hukum ini tetap berjalan walaupun kerajaan belum melaksanakan hukum hudud dan qisas. Kalau semua umat Islam boleh menghindarkan diri walaupun belum ada hukum hudud dan qisas, kitalah sebenarnya umat Islam yang paling baik. Hal ini kerana kita dapat meninggalkan kesalahan tersebut bukan kerana takut hukuman yang disediakan tetapi kerana takut Allah.

Jelas di sini, tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada tidak melakukan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Namun kalau ada orang memaksa kita supaya berzina, mencuri dan minum arak dengan ancaman akan membunuh kita, maka ketika itu jika kita lakukan tidaklah dikira berdosa.

Jadi, sempena Maal Hijrah ini marilah kita bersihkan hati dan jiwa kita, dengan satu keazaman untuk melakukan segala perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan membuat baik kepada semua orang termasuk musuh. Ingatlah jika kita boleh berbuat baik dengan musuh, dia akan mengenali hati kita sebagai orang yang jujur. Orang yang jujur mampu menarik orang ramai bagaikan magnet.

Jumaat, 20 November 2009

IRIDOLOGI

Definisi iridologi
Iridologi merupakan suatu kajian saintifik mengenai bentuk dan struktur di dalam iris mata hitam, dimana dapat memberi gambaran setiap organ di dalam sistem tubuh manusia. Iris mata dapat menggambarkan tentang sistem tubuh, kekuatan dan kelemahannya, tahap kesihatan dan perubahan yang terjadi di dalam tubuh seseorang berdasarkan kaedah alamiah. Masalah yang ada di dalam organ sistem tubuh manusia juga dapat digambarkan melalui kedudukannya di dalam usus / perut manusia.

Apa yang ditunjukkan Iridologi
Kekuatan / Kelemahan Genetik
• Adanya Peradangan
• Tanda Kesembuhan
• Hering’s Law of Cure
• Tumpukan ubat / bahan kimia dalam organ
• Derjah Kesihatan Fisik
• Konstitusi Tubuh
• Keasaman Tubuh
• Respon pesakit terhadap Pengubatan
• Keperluan terhadap Nutrisi

7 zona dalam iris
1. perut
2. usus (usus besar/kolon)
3. jantung, bronchial, pancreas, adrenal, kelenjar pitutiari & pundi, hempedu
4. prostate, uterus, skeleton, rangka
5. otak, paru-paru, hati, ginjal, thyroid
6. otot-otot, saraf motor limfatik
7. kulit dan saraf sensory


* mohon maaf buat pembaca setia, saya tak dapat sertakan gambar untuk gambaran 7 zona mata ni. Saya akan usaha untuk masukkan gambarnya nanti ye. Ni tengah mengusahakannya.InsyaAllah... nanti saya masukkan ye.

Selasa, 17 November 2009

AKUPUNKTUR




Adalah Ilmu atau seni pengubatan dengan cara menusuk jarum dititik tertentu pada tubuh (Meridian) untuk memperolehi efek rangsang pada energi vital (Qi) bagi mendapatkan kesembuhan dari suatu penyakit atau untuk meningkatkan kualiti kesihatan.


Tujuan
:

Membangkitkan/mengaktifkan peredaran tenaga “Qi”.



Kaedah :

  • Tusuk Jarum : Akupunktur
  • Jari / Tangan : Akupresur


Perasaan Subjektif :

  • Rasa nyeri,
  • Sensasi akupunktur, rasa berat & rasa nyeri


Efek Fisiologis

Setelah terapi ini pesakit lebih mempunyai perasaan senang, menghilangkan perasaan tegang dan takut serta efek pada metabolisme dalam jaringan otak.





Khamis, 12 November 2009

JAGALAH HATI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

DOA MUNAJAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 11 November 2009

KENANGAN PENSYARAH-PENSYARAH SIJIL HERBALIS

MONTAJ KENANGAN SIJIL HERBALIS KE 17

Sabtu, 7 November 2009

MEMORI KURSUS HERBALIS KE 17

Alhamdulillah setelah hampir sebulan meninggalkan kerja, kini saya kembali meneruskan amanah ini. Kerinduaan pada kerja amat mendalam sekali. Ke mana saya menghilang selama hampir sebulan ??? heheheheh...
sebenarnya pada 10 Oktober baru2 ini saya telah berangkat ke SP Kedah untuk mengikuti Kursus Herbalis yg berlangsung selama 3 minggu. Di sana kami ditempatkan di homestay yg telah disediakan. Kursus herbalis kali ini agak unik kerana melibatkan 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Hungry. Alhamdulillah sahabat-sahabat yg datang semuanya baik2 belaka.
Di sana banyak saya pelajari ilmu2 perubatan yg baru. Antaranya adalah ilmu berbekam, akupuntur, kiropraktik, refleksologi, urutan bayi, diognasis dan banyak lagi lah. Bagi saya tempoh 3 minggu ini tidak cukup untuk sy pelajari semua ini, ini kerana ilmu2 ini memerlukan fahaman teori dan praktikal yg mendalam. Alhamdulillah dengan bantuan & tunjuk ajar dr pensyarah2 yg bertauliah, dapatlah kami menimba ilmu dengan baik. Di samping itu juga, kami turut melawat ke Pulau Tuba, kilang2 Hpa, RFC, RCH, bakery house & banyak lagilah (xtertulis banyak nya) hehehehe....

video

Kepada Tn Hj Ismail Ahmad saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ilmu & tips2 yg diberi. Juga kepada tenaga pengajar yg banyak berjasa, ucapan terima kasih juga saya ucapkan di atas 1001 ilmu yg dimuntahkan kepada kami. Kepada SAHABAT2 HERBALIAS TERUSKAN PERJUANGAN KITA DI LUAR SANA YE... terima kasih juga kepada semua pihak yg terlibat...
SAYANG DAN RINDU KALIAN SEMUA........

Ahad, 25 Oktober 2009

KURSUS SIJIL HERBALIS HPA

Peserta Muslimin
Peserta-peserta sedang kusyuk mendengar kuliah dari Pengarah Urusan HPA
Peserta-peserta mengenali spesis herba di Pulau Tuba
Berkhemah di tepi pantai di Pulau Tuba
Peserta-peserta sedang beriadah di waktu pagi yang diketuai oleh Pengarah Urusan HPA
Menaiki bot di Pulau Tuba

Salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabatku di persada perjuangan. Semoga dalam keadaan sihat walafiat selalu di sisi Allah Taala. Alhamdulillah saya di sini sihat sokmo sepanjang program kursus Sijil Herbalis berlangsung dari tarikh 11hb hingga 31hb Oktober 2009 ini. Insya Allah kepada sahabat-sahabatku sekalian, diharapkan doa daripada sahabat-sahabtku agar aku sentiasa selamat dan selesai kursus tersebut dalam keadaan yang baik. Insya Allah......

Selasa, 22 September 2009

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita hampir tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1419H. akan datang.
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Rabu, 9 September 2009

KISAH TAULADAN

Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah ....Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak? Cerita nya macam ni.. Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam , dok pikir2 macam mana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.
Suatu hari Si Ibu Syaitan ni tengah dok fikir "Macammana aku nak kenakananak cucu Adam".... dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu dipanggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu..?" Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa2, terus memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapakah ini..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berfikir " Ini mesti anak syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam Setelah lama berfikir..

"Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan
tahu anak nya sudah tiada..." cadang Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja.

"Mana anak aku...?"Tanya Ibu syaitan pada Hawa.
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah mereka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu semalam Adam pulang ke rumah lalu apabila ia mengetahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..." terang Hawa.

"Oh...iye ke?..." jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anaknya "Khanaz!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya.

Apabila Adam pulang dan terlihatlah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biarkan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam .

"Apa harus kita lakukan lagi..?" tanya Hawa.

"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam .

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanyakan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke laut!" jawab Hawa.

"Oh..iye ke? kata Ibu Syaitan lalu meneriak memanggil "Khanaz!!!". Kemudian bercantumlah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian diserahkan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumahnya

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita" kata Adam .

"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

"Begini sajalah...kita belah dua anak dia ni...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" cadang Adam .
Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!

"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..

Bagus anakku..kamu duduk di dalam sana, jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hingga hari kiamat. Syaitan Khanaz ni tugas dia:

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.

- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke belum ye..?" ubatnya banyak kan dengan BERISTIGHAFAR. ..

- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadibertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam ..
Surah An Nas jua menceritakan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was.
Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Selasa, 8 September 2009

RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI

Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).

Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.

Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.

Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.

Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.

Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.

Sabtu, 29 Ogos 2009

SIRI KISAH TELADAN NABI-NABI

Sejarah awal Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan disana dan bayi ini akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan cara yang dahsyat. Oleh itu Raja Namrud telah mengarahkan semua bayi yang dilahirkan di tempat ini dibunuh, manakala golongan lelaki dan wanita pula telah dipisahkan selama setahun.

Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri Aazar telah mengandung namun tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari dia terasa seperti telah tiba waktunya untuk melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja Namrud yang zalim pasti dia serta anaknya akan dibunuh. Dalam ketakutan, ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi dan melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuki batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah pulang ke gua tersebut dan terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka kedua ibubapanya berani membawanya pulang kerumah mereka.

[sunting] Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan yang sebenarnya

Pada masa Nabi Ibrahim, kebanyakan rakyat di Mesopotamia beragama politeisme iaitu menyembah lebih dari satu Tuhan. Dewa Bulan atau Sin merupakan salah satu berhala yang paling penting. Bintang, bulan dan matahari menjadi objek utama penyembahan dan karenanya, astronomi merupakan bidang yang sangat penting. Sewaktu kecil lagi nabi Ibrahim a.s. sering melihat ayahnya membuat patung-patung tersebut, lalu dia cuba mencari kebenaran agama yang dianuti oleh keluarganya itu.

Dalam al-Quran Surah al-Anaam (ayat 76-78) menceritakan tentang pencariannya dengan kebenaran. Pada waktu malam yang gelap, beliau melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Inilah daya logik yang dianugerah kepada beliau dalam menolak agama penyembahan langit yang dipercayai kaumnya serta menerima tuhan yang sebenarnya.

tajuk pautan

[sunting] Nabi Ibrahim a.s. sewaktu remaja

Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun karena iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calun pembeli dengan kata-kata:" Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "

[sunting] Nabi Ibrahim Ingin Melihat Bagaimana Makhluk Yang Sudah Mati Dihidupkan Kembali Oleh Allah

Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik dan persembahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya ingin lebih dahulu mempertebalkan iman dan keyakinannya, menenteramkan hatinya serta membersihkannya dari keragu-raguan yang mungkin sekali mangganggu fikirannya dengan memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.Berserulah ia kepada Allah: "Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati." Allah menjawab seruannya dengan berfirman: Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?." Nabi Ibrahim menjawab:"Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu."

Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkanlah ia menangkap empat ekor burung lalu setelah memperhatikan dan meneliti bahagian tubuh-tubuh burung itu, memotongnya menjadi berkeping-keping mencampur-baurkan kemudian tubuh burung yang sudak hancur-luluh dan bercampur-baur itu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain. Setelah dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah itu, diperintahnyalah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain.

Dengan izin Allah dan kuasa-Nya datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala begitu mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung yang hidup kembali itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keraguan di dalam iman dan keyakinannya, bahwa kekuasaan dan kehendak Allah tidak ada sesuatu pun di langit atau di bumi yang dapat menghalangi atau menentangnya dan hanya kata "Kun" yang difirmankan Oleh-Nya maka terjadilah akan apa yang dikehendaki "Fayakun".

[sunting] Nabi Ibrahim Berdakwah Kepada Ayah Kandungnya

Aazar, ayah Nabi Ibrahim tidak terkecuali sebagaimana kaumnya yang lain, bertuhan dan menyembah berhala bah ia adalah pedagang dari patung-patung yang dibuat dan dipahatnya sendiri dan daripadanya orang membeli patung-patung yang dijadikan persembahan. Nabi Ibrahim merasa bahwa kewajiban pertama yang harus ia lakukan sebelum berdakwah kepada orang lain ialah menyedarkan ayah kandungnya dulu orang yang terdekat kepadanya bahwa kepercayaan dan persembahannya kepada berhala-berhala itu adalah perbuatan yang sesat dan bodoh.Beliau merasakan bahawa kebaktian kepada ayahnya mewajibkannya memberi penerangan kepadanya agar melepaskan kepercayaan yang sesat itu dan mengikutinya beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Dengan sikap yang sopan dan adab yang patut ditunjukkan oleh seorang anak terhadap orang tuanya dan dengan kata-kata yang halus ia datang kepada ayahnya menyampaikan bahwa ia diutuskan oleh Allah sebagai nabi dan rasul dan bahawa ia telah diilhamkan dengan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Ia bertanya kepada ayahnya dengan lemah lembut gerangan apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala seperti lain-lain kaumnya padahal ia mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun tidak dpt mendtgkan keuntungan bagi penyembahnya atau mencegah kerugian atau musibah. Diterangkan pula kepada ayahnya bahwa penyembahan kepada berhala-berhala itu adalah semata-mata ajaran syaitan yang memang menjadi musuh kepada manusia sejak Adam diturunkan ke bumi lagi. Ia berseru kepada ayahnya agar merenungkan dan memikirkan nasihat dan ajakannya berpaling dari berhala-berhala dan kembali menyembah kepada Allah yang menciptakan manusia dan semua makhluk yang dihidupkan memberi mereka rezeki dan kenikmatan hidup serta menguasakan bumi dengan segala isinya kepada manusia.

Aazar menjadi merah mukanya dan melotot matanya mendengar kata-kata seruan puteranya Nabi Ibrahim yyang ditanggapinya sebagai dosa dan hal yang kurang patut bahwa puteranya telah berani mengecam dan menghina kepercayaan ayahnya bahkan mengajakkannya untuk meninggalkan kepercayaan itu dan menganut kepercayaan dan agama yang ia bawa. Ia tidak menyembunyikan murka dan marahnya tetapi dinyatakannya dalam kata-kata yang kasar dan dalam maki hamun seakan-akan tidak ada hubungan diantara mereka. Ia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: "Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku ? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan amarahku dan cuba mendurhakaiku. Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau."

Nabi Ibrahim menerima kemarahan ayahnya, pengusirannya dan kata-kata kasarnya dengan sikap tenang, normal selaku anak terhadap ayah seraya berkata: "Wahai ayahku! Semoga engkau selamat, aku akan tetap memohonkan ampun bagimu dari Allah dan akan tinggalkan kamu dengan persembahan selain kepada Allah. Mudah-mudahan aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku untukmu." Lalu keluarlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah ayahnya dalam keadaan sedih karena gagal mengangkatkan ayahnya dari lembah syirik dan kufur.

[sunting] Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala-berhala

Kegagalan Nabi Ibrahim dalam usahanya menyedarkan ayahnya yang tersesat itu sangat menusuk hatinya kerana ia sebagai putera yang baik ingin sekali melihat ayahnya berada dalam jalan yang benar terangkat dari lembah kesesatan dan syirik namun ia sedar bahwa hidayah itu adalah di tangan Allah dan bagaimana pun ia ingin dengan sepenuh hatinya agar ayahnya mendpt hidayah ,bila belum dikehendaki oleh Allah maka sia-sialah keinginan dan usahanya. Penolakan ayahnya terhadap dakwahnya dengan cara yang kasar dan kejam itu tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya untuk menyapu bersih persembahan-persembahan yang bathil dan kepercayaan-kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid dan iman kepada Allah dan Rasul-Nya

Nabi Ibrahim tidak henti-henti dalam setiap kesempatan mengajak kaumnya berdialog dan bermujadalah tentang kepercayaan yang mereka anuti dan ajaran yang ia bawa. Dan ternyata bahawa apabila mereka sudah tidak berdaya menolak dan menyanggah alasan-alasan dan dalil-dalil yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebatilan kepercayaan mereka maka dalil dan alasan yang usanglah yang mereka kemukakan iaitu bahwa mereka hanya meneruskan apa yang bapa-bapa dan nenek moyang mereka lakukan sejak turun-temurun dan sesekali mereka tidak akan melepaskan kepercayaan dan agama yang telah mereka warisi.

Nabi Ibrahim pada akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi untuk berdebat dan bermujadalah dengan kaumnya yang keras kepala dan yang tidak mahu menerima keterangan dan bukti-bukti nyata yang dikemukakan oleh beliau dan selalu berpegang pada satu-satunya alasan bahawa mereka tidak akan menyimpang daripada cara persembahan nenek moyang mereka, walaupun telah Nabi Ibrahim menasihati mereka berkali-kali bahawa mereka dan bapa-bapa mereka keliru dan tersesat mengikuti jejak syaitan dan iblis. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata yang dapat mereka lihat dengan mata kepala mereka sendiri bahwa berhala-berhala dan patung-patung mereka betul-betul tidak berguna bagi mereka dan bahkan tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri.

Adalah sudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babylon bahwa setiap tahun mereka keluar kota beramai-ramai pada suatu hari raya yang mereka anggap sebagai keramat. Berhari-hari mereka tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mereka bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mereka kosong dan sunyi. Mereka berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai -ramai menghormati hari-hari suci itu. Nabi Ibrahim yang juga turut diajak turut serta berlagak berpura-pura sakit dan diizinkanlah ia tinggal di rumah apalagi mereka merasa khuatir bahwa penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular dan menjalar di kalangan mereka bila ia turut serta.

"Inilah dia kesempatan yang ku nantikan." kata hati Nabi Ibrahim tatkala melihat kota sudah kosong dari penduduknya, sunyi senyap tidak terdengar kecuali suara burung-burung yang berkicau, suara daun-daun pohon yang gemerisik ditiup angin kencang. Dengan membawa sebuah kapak ditangannya ia pergi menuju tempat beribadatan kaumnya yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga, tanpa juru kunci dan hanya deretan patung-patung yang terlihat diserambi tempat peribadatan itu. Sambil menunjuk kepada semahan bunga-bunga dan makanan yang berada di setiap kaki patung berkata Nabi Ibrahim, mengejek:"Mengapa kamu tidak makan makanan yang lazat yang disaljikan bagi kamu ini? Jawablah aku dan berkata-katalah kamu." Kemudian disepak, ditamparlah patung-patung itu dan dihancurkannya berpotong-potong dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu yang pada lehernya dikalungkanlah kapak Nabi Ibrahim itu.

Terperanjat dan terkejutlah para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung-patung, tuhan-tuhan mereka hancur berantakan dan menjadi potongan-potongan terserak-serak di atas lantai. Bertanyalah satu kepada yang lain dengan nada hairan dan takjub: "Gerangan siapakah yang telah berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji ini terhadap tuhan-tuhan persembahan mrk ini?" Berkata salah seorang diantara mrk:"Ada kemungkinan bahwa orang yang selalu mengolok-olok dan mengejek persembahan kami yang bernama Ibrahim itulah yang melakukan perbuatan yang berani ini." Seorang yang lain menambah keterangan dengan berkata:"Bahkan dialah yang pasti berbuat, karena ia adalah satu-satunya orang yang tinggal di kota sewaktu kami semua berada di luar merayakan hari suci dan keramat itu." Selidik punya selidik, akhirnya terdpt kepastian yyang tidak diragukan lagi bahwa Ibrahimlah yang merusakkan dan memusnahkan patung-patung itu. Rakyat kota beramai-ramai membicarakan kejadian yang dianggap suatu kejadian atau penghinaan yang tidak dpt diampuni terhadap kepercayaan dan persembahan mrk. Suara marah, jengkel dan kutukan terdengar dari segala penjuru, yang menuntut agar si pelaku diminta bertanggungjawab dalam suatu pengadilan terbuka, di mana seluruh rakyat penduduk kota dapat turut serta menyaksikannya.

Dan memang itulah yang diharapkan oleh Nabi Ibrahim agar pengadilannya dilakukan secara terbuka di mana semua warga masyarakat dapat turut menyaksikannya. Karena dengan cara demikian beliau dapat secara terselubung berdakwah menyerang kepercayaan mrk yang bathil dan sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agama dan kepercayaan yang ia bawa, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan. Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyung-duyung mengujungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.

Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap Raja Namrud yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, menandakan sangat gusarnya para penyembah berhala terhadap beliau yang telah berani menghancurkan persembahan mereka. Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."

Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya itu, Raja Namrud mencetuskan keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mrk, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."

[sunting] Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-hidup

Keputusan mahkamah telah dijatuhkan. Nabi Ibrahim harus dihukum dengan membakar hidup-hidup dalam api yang besar sebesar dosa yang telah dilakukan. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat sedang diaturkan. Tanah lapang bagi tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar dengan banyaknya dimana tiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian membawa kayu bakar sebanyak yang ia dapat sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mereka yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim.

Berduyun-duyunlah para penduduk dari segala penjuru kota membawa kayu bakar sebagai sumbangan dan tanda bakti kepada tuhan mereka. Di antara terdapat para wanita yang hamil dan orang yang sakit yang membawa sumbangan kayu bakarnya dengan harapan memperolehi barakah dari tuhan-tuhan mereka dengan menyembuhkan penyakit mereka atau melindungi yang hamil di kala bersalin. Setelah terkumpul kayu bakar di lapangan yang disediakan untuk upacara pembakaran dan tertumpuk serta tersusun laksana sebuah bukit, berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas diri Nabi Ibrahim. Kayu lalu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang dahsyat yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap yang ditimbulkan oleh api yang menggunung itu. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim diangkat ke atas sebuah gedung yang tinggi lalu dilemparkan ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah:"Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim."

Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal karena iman dan keyakinannya bahwa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan korban keganasan orang-orang kafir musuh Allah. Dan memang demikianlah apa yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu ia merasa dingin sesuai dengan seruan Allah Pelindungnya dan hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api, hal mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada hamba pilihannya, Nabi Ibrahim, agar dapat melanjutkan penyampaian risalah yang ditugaskan kepadanya kepada hamba-hamba Allah yang tersesat itu.

Orang ramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mula mempercayai agama yang dibawa oleh beliau. Lalu Puteri itupun mengaku di hadapan khalayak ramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah menaikkan kemarahan beliau yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya itu. Puteri itupun meluru ke arah api yang besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri Razia pun turut terselamat daripada terbakar dan dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah syahadah. Tindakan derhaka puterinya menjadikan Raja Namrud semakin murka. Sebaik sahaja puteri Razia keluar daripada api tersebut beliau serta tenteranya telah mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta adik tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak saudaranya Nabi Luth a.s. untuk melarikan diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari Puteri Razia tetapi puteri itu telah hilang. Selepas sekian lama, merekapun pulang dan mendapati bahawa Nabi Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini, Raja Namrud kian gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan dengan kekuasaannya. Oleh itu, beliau berazam pula untuk membunuh Tuhan nabi Ibrahim.

Mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim sebagai bukti nyata akan kebenaran dakwahnya, telah menimbulkan kegoncangan dalam kepercayaan sebahagian penduduk terhadap persembahan dan patung-patung mereka dan membuka mata hati banyak daripada mereka untuk memikirkan kembali ajakan Nabi Ibrahim dan dakwahnya, bahkan tidak kurang daripada mereka yang ingin menyatakan imannya kepada Nabi Ibrahim, namun khuatir akan mendapat kesukaran dalam penghidupannya akibat kemarahan dan balas dendam para pemuka dan para pembesarnya yang mungkin akan menjadi hilang akal bila merasakan bahwa pengaruhnya telah beralih ke pihak Nabi Ibrahim.


[sunting] Agama Nabi Ibrahim

Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkar mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya.Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan Akidah Tauhidnya:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

  • "Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang(agama)Nabi Ibrahim,padahal Taurat(Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian(lewat)daripada (zaman)Ibrahim;patutkah(kamu berdegil sehingga)kamu tidak mahu menggunakan akal?"
  • "Ingatlah!Kamu ini orang-orang(bodoh),kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengan nya? Dan (ingatlah),Allah mengetahui(hakikat yang sebenarnya)sedang kamu tidak mengetahuinya."
  • "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi,dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif)(yang mendengar dan patuh/taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah),dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik(golongan yang menyekutukan Allah)."
  • "Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya)ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi(Muhammad)ini serta orang-orang yang beriman(umatya umat Islam).Dan (ingatlah),Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang yang beriman."

Surah Ali-Imran(ayat 65-68)Al-Quran.

  • Sila lihat Hanif untuk maklumat lanjut.