CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 27 Jun 2009

TOK GURU NIK AZIZ KENA TUDUHAN

Kandungan Harakah.........Baca lagi selanjutnya....

HANYA PADA ALLAH AKU PASRAH

Ya Allah.....aku bermohon pada Mu Ya Allah....agar engkau sentiasa memberikan petunjuk dan jalan kebenaran dalam hatiku ni Ya Allah. Kuatkanlah antara hati-hati kami Ya Allah.....Amin.....

Jumaat, 26 Jun 2009

AUDIT

Saat2 yang dinantikan bakal tiba sekejap lagi. Aku ngan staff2 kat cni berdebar2 ngan proses audit yang akan dijalankan nanti. Sementara menunggu juru audit sampai, aku amik kesempatan ni untuk meluahkan sedikit rasa.hehhehehe.. Harap2 audit kali ni berjalan ngan lancar. Segala pengorbanan dah kami lakukan, mane tak nya time cuti pn kene keje.huhuhuhu..sedihnya. Tapi xpe inilah yang dikatakan kemanisan ukhwah sebenarnya. Sama2 rasai susah senang bersama.eheheheh....aku bersyukur kerana dapat staff yang baik dan ok2 semuanya. Saling nasihat-menasihati kalu ada kesilapan, sedia memberi bantuan tika memerlukan..pendek kata memang beruntung la sape yang dapat staff kat cni.heheehehh...gurau je , hiburkan hati...
alamak pengurus aku panggil plak dah. Mesti ada kerja2 n persedian akhir yang nak di buat.heheh

Khamis, 25 Jun 2009

7 KALIMAH UTK DIAMALKAN

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Rabu, 24 Jun 2009

NASIB BADAN

Tolong!!!!!!!
Hari ni kna dera..sepatutnya cuti tp kena datang jgak keje.huhuhuh.... almklumlah nak audit hari Jumaat ni. Banyak benda nak kena buat. Nak xnak kena dtg jgk la keje. Tapi yang bestnya aku datang keje td lewat tau, kul 1.00ptg, blik kul 4.00ptg heheheh...bukan sebab bangun lewat tp sebab buat kerja2 umah dulu.
Malam ni sambung lg buat keje, huhuhuh...nak kena kira stok barang pulak samada cukup or tidak, harap2 cukup la..kalau tak...xtau la blik kul bape mlm ni.huhuh..esok keje pg plak.
Heheheheh...xpela ye nak sambung keje plak ni, lepas tension je ni.heheheh

Selasa, 23 Jun 2009

BUATMU LELAKI

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.
Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.
Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.
Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.
Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.
Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya

Sabtu, 20 Jun 2009

PERASMIAN PUSAT OPERASI ZON TIMUR

video
Keadaan sebelum kedatangan Pengarah Urusan Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

Khamis, 18 Jun 2009

SIAPA KITA !!!

Ingatlah,

Sewaktu Adam dan Hawa

memakan Quldi larangan,

Allah murka,

lalu mencampakkan mereka ke bumi nyata

Allah yang maha besar maha pengampun,

Mengampuni dosa mereka,

Walaupun dosanya seluas langit sebesar bintang

Itulah Allah pencipta kita

Segala dosa manusia,

Diampuninya

Apakah kita hambanya?

Tidak mahu mengampuni sesama kita?

Malulah kita kepada Allah

Tiada manusia sebesar Allah

Tiada manusia setanding Rasullulah

Tiada manusia sempurna sepenuhnya

Tiada manusia bebas dari kesilapannya

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita Siapa untuk merebas sesama kita?

Sedarkah kita?

Jari yang menuding ke arah mereka,

Tiga jari ke arah kita,

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita bukan Allah untuk merebas sesama kita

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

Sabtu, 13 Jun 2009

13 WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya.

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
tu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:
"Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

KENANGAN KURSUS INDUKSI

video
Kenangan Kursus Induksi di Sungai Petani


Kursus Induksi telah diadakan di dewan cawangan Sungai Petani pada tarikh 9,10,11-June 2009. Banyak kenangan-kenangan manis sepanjang program tersebut.

Selasa, 9 Jun 2009

PERHATIAN !!!

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat Kegunaan Vendor diMalaysia
1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam


Ahad, 7 Jun 2009

KENANGANKU WAKTU KONVO

video

KENANGAN SIJIL HERBALIS

video
Sijil Herbalis telah diadakan pada 11-31 Mei 2009

PERKARA ASAS TENTANG MAZHAB

  • Mazhab merupakan madrasah dan aliran-aliran fiqah bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya. Ia adalah metodologi-metodologi fiqah dalam beristinbat (mengeluarkan hukum) dan mengetahui hukum. Ia bukan syariat baru dan bukan sesuatu yang lain daripada Islam.
  • Nas-nas Al-Quran dan Hadis lebih besar dan lebih besar daripada mana-mana mazhab.
  • Syariat Islam menjadi hujah ke atas setiap Mazhab, bukan Mazhab yang menjadi hujah ke atas Syariat Islam.
  • Asas yang mengharuskan mengikut Mazhab adalah kerana diyakini bahawa Mazhab telah berjaya memperkenalkan hukum-hakam Syariat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah. Dengan itu, apabila ternyata bahawa Mazhab tertentu tersalah dalam sesuatu masalah dan yang betulnya berada di satu pihak yang lain, maka perlulah orang yang mengikut Mazhab itu berpaling daripada Mazhabnya dalam masalah itu kepada pandangan Mazhab yang lebih tepat.
  • Harus mengikut Mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu kerana tidak wajib terikat kepada semua ijtihad Mazhab yang menjadi ikutannya. Tetapi, ikutan kepada Mazhab lain itu mestilah mempunyai dalil-dalil yang kuat menyokong.
  • Sebagai muqallid (pengikut Mazhab), hendaklah bebaskan dirinya daripada sifat taksub bermazhab secara melulu kerana Mazhab-mazhab fiqah bukannya pemecah belahkan Islam dan bukan sebagai agama yang menasakhkan Syariat Islam. Ia sebagai metodologi dalam penyelidikan di samping cara ilmiah dalam mengistinbatkan hukum.
  • Tidak perlu berasa sempit dada dengan perbezaan Mazhab dan ijtihad Mazhab-mazhab kerana perbezaan kefahaman itu sesuatu yang tabii kepada semua manusia.
  • Memahami dan menghargai daya usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin daripada pelbagai Mazhab ini. Hendaklah kita hormati dan mendoakan kebaikan mereka.

Jumaat, 5 Jun 2009

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat Baginda mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karana marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

KAHWIN LAGI???

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah terlaksana impian abgku untuk memiliki isteri tersayang.9.30 mlm semalam, kedua-dua pihak telah berkumpul di masjid yang telah ditetepkan bagi melaksanakan upacara akad nikah. Dengan padanan baju melayu putih,nampak segak je abg aku.hehheheeh..perasan la plak aku ni.ehheeh..dari segi air mukanya jelas menampakkan kedebaran dan ketakutan.Almaklumlah nak akad nikah katakan.hehehhe.. Bagi kaum lelaki ni la time yg paling mendebarkan,btul x?eleh...xyah tipu la.itula realitinya kan..Walaubagaimana pun alhamdulillah upacara akad nikah tu berjalan lancar.Sabtu ni majlis kat umah pihak pompuan dan kenduri umah aku pulak 12/06/09 ni.Jemput la shbt2 smua ke majlis umah aku nanti ye..heheh..
Sekarang makin bertambah la ahli kuage aku..heheheheh.3 thn berturut-turut umah aku buat kenduri kwin tau..smua majlis kwin abg2,akak2 aku xtau la bla agaknya.kot2 aku dlu kot..heheheh..gatal sungguh aku ni..gurau je..kalu shbt2 nak th ni adalah kakak ipar yg ke 6 tau. buat pengetahuan shbt2 jgk, aku dah memiliki 6 org kakak ipar, 2 abg ipar n 16 orang anak sedara. InsyaAllah bln 9 nanti akan bertambah sorang lg.hehhe..

Selasa, 2 Jun 2009

HALAMAN TAZKIRAH


Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".

Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakanda yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan, ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan. Suatu hari nanti akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apa pun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu tetapi anakanda mesti ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara".

"Alam apa itu ibu?"

"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu. Leher anakanda akan disentap oleh besi yang tercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta. Anakanda akan dicampak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara. Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar. Mereka letakkan harga, ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai, manusia itu akan mengelar-ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam. Pedihnya ibu tidak dapat bayangkan dan ceritakan...", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

"Sehingga dikelar-kelar, anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak sehingga percikkannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu. Manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna. Akhirnya anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu. Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit. Ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas ini".

Si anak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dalam hatinya masih tidak yakin kerana belum pernah bertemu cacing yang begitu.

Suatu hari setelah si anak ini remaja dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Mereka terlihat seekor cacing yang amat besar dan nampak lazat berseri-seri. Semua ikan-ikan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri. Masing-masing menolak satu sama lain dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu. Akhirnya si anak itu yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata.

"Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku, makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku, ini habuanku...". Terlintas nafsu yang datang mengoda lalu si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu. Mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat setelah puas cuba melepaskan diri. Si anak itu berasa amat kesal dan sedih dalam dirinya kerana dia tahu apa yang ibu katakan memang benar cuma segalanya sudah terlambat hanya kerana nafsu.

* Begitulah kisah si anak ikan yang patut kita jadikan pengajaran pada diri kita yang lemah ini, yang tidak punyai apa-apa. Semasa kita kecil, ibu bapa kita menasihi kita beribu satu nasihat supaya kita tidak melangkah ke arah keburukan. Tapi dalam sedar atau tidak kita, musuh no.1 pada diri kita iaitu nafsu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita dan hanya boleh dilihat dengan mata hati yang baik. Kita tidak dapat mengduga nafsu sedang menyerang dan menguji iman kita. Bila kita melangkah sekali pasti sukar hendak kembali kepada yang asal. Oleh itu, marilah kita guna akal dan iman yang dikurniakan pada diri kita dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan kejahatan dan menjadikan kita hamba yang soleh/solehah dan bertaqwa. Amin..