CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 17 Ogos 2009

WANITA YANG SOLEHAH


Sejarah membuktikan wanita bertakwa, taat kepada suami mampu bentuk keluarga harmoni.
Bergelar seorang wanita tidak lengkap kalau tidak menjadi isteri dan ibu. Tetapi tidak semua orang bertuah bertemu jodoh sebelum ajalnya tiba, ada juga yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Semuanya ada hikmah yang tidak ternilai di sisi-Nya, cuma manusia yang tidak arif meneropong kehidupan bakal tiba. Isteri yang taat kepada Allah akan taat kepada suaminya, selagi suaminya tidak bermaksiat kepada Allah. Apa juga kekurangan dan kelemahan suami tidak menjadi halangan untuk isteri yang sedar dengan petunjuk agama terus berbakti dalam rumahtangga. Semua dilakukan untuk mendapatkan keredaan suami yang akhirnya menjadi keredaan Allah. Banyak teladan buat seorang isteri yang benar-benar ingin melandasi kehidupan rumahtangga dengan sebaiknya.

Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar adalah ibu mukminin yang sentiasa memberi peringatan dan jalan terbaik untuk dicontohi setiap isteri. Juga, Fatimah Az-Zahrah, puteri Nabi Muhammad SAW contohnya, seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Ali bin Abi Talib. Tidak pernah sekelumit ada rasa kesal di hatinya apabila berkahwin dan mengurus rumahtangga walaupun dengan penuh susah payah. Asma’ binti Abu Bakar pula sentiasa komited berbakti kepada suaminya, Zubair, walaupun orang yang dinikahinya tidak mempunyai apa-apa harta melainkan seekor kuda. Itulah akhirnya yang menjadi urusan isteri bergelar Asma binti Abu Bakar, memberikan makan dan minum kepada kuda suaminya dan menjadi pembantu setia dalam urusan rumahtangga.

Sebagai seorang yang bergelar mukminah, wanita harus sedar pergaulan dengan suami bukan sekadar hubungan sosial yang terjadi dengan sendirinya apabila lebih dari seorang individu memulakan urusan hidup. Tetapi ia adalah satu jalan yang mempunyai terlalu banyak persimpangan, yang mana jika kita tidak tersesat melaluinya, ia membawa seseorang hamba itu sampai ke negeri abadi dan berbahagia di sana selama-lamanya, bahkan perbuatan baik si isteri turut memberatkan timbangan pahala suami apabila dihisab kelak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki.(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Isteri yang cantik di mata suami sudah tentulah yang berupaya memenuhi keinginan suami dalam pergaulan, pertuturan, makan dan minum, pakaian dan keselesaannya sewaktu berada di rumah. Kediaman kemas dan bersih adalah bonus buat suami yang berharap rumahtangganya menjadi syurga paling indah buat dirinya bersama isteri dan anak.

Begitu juga hidangan enak buat santapan ahli keluarga yang sentiasa ternanti-nanti air tangan si isteri atau ibu tidak terbanding makanan lain. Pakaian yang elok dan sentiasa terjaga rapi sudah tentulah menjadi satu keseronokan yang mungkin tidak dapat diperoleh jika tidak beristeri. Isteri yang taat juga adalah yang tidak berpuasa sunat jika suami ada di sisinya tanpa izin suaminya dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya tanpa kebenaran suaminya terlebih dulu. Isteri juga tidak berinfak, atau bersedekah dan memberikan harta hasil pencarian suaminya kepada sesiapa tanpa izinnya. Segala bentuk larangan adalah semata-mata untuk menjaga keharmonian rumahtangga supaya sentiasa sarat dengan kasih sayang dan tidak diganggu oleh anasir yang boleh meruntuhkan kebahagiaan dibina hanya kerana kejahilan isteri terhadap hukum agama.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak diperbolehkan seorang wanita berpuasa (sunnah) sedangkan suaminya ada di rumah tanpa izinnya. Dan tidak boleh ia memasukkan orang lain ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya. Dan tidak pula berinfak daripada harta suaminya tanpa perintah suaminya, jika infak dikeluarkan, maka separuhnya kembali kepada suaminya.(Hadis riwayat Bukhari)
Justeru, gambaran seorang isteri yang cantik di mata suami ialah yang hampir sempurna dalam urusan rumahtangga, bukan yang mengkesampingkan tugas seorang isteri sehingga menyerahkan segala-galanya untuk dilakukan pembantu rumah. Ia bukan saja menyebabkan rasa tidak puas hati suami dan anak, tetapi juga pembantu yang terpaksa menguruskan semuanya sehingga akhirnya tidak dapat berkerja dengan baik. Wanita Islam yang istiqamah, yang tahu bahawa Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kerana ketaatan dan baktinya terhadap suami tidak akan melepaskan peluang terbentang di depan mata. Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: "Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga. Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar.
Bagaimanapun, isteri yang benar sudah tentulah boleh menentang suami yang salah dan bermaksiat kepada Allah. Kesabaran dan ketabahan isteri yang sanggup mentaati suami ketika ia benar dan sabar ketika dimarahi suami yang salah kerana tidak mentaati perintahnya akan diberikan pahala oleh Allah.

Isteri yang taat kepada suami adalah wanita yang tidak ingkar terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru, menjadi isteri yang cantik di mata suami bukanlah hanya jelita parasnya, tetapi juga memiliki segala keindahan sebagai seorang layak dicintai dengan penuh kasih dan sayang.

AKIDAH DAN AKHLAK

Kategori : Akidah dan Akhlak

Tajuk :
Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”

Riwayat Abu Naim

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’ . Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian
Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar
kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk,dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

ADUAN WEBMEL PPIM
TARIKH: 15 JANUARI 2009
TAJUK : BOIKOT COKE

Terikut dengan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pada hari ini satu kempen memboikot restoran dan barangan buatan Amerika Syarikat dilancarkan.

Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa, lebih 2,600 restoran Islam di Malaysia tidak akan menjual dan atau menghidang minuman Coca Cola sebagai tanda bantahan kepada Amerika Syarikat.

Saya hari ini mengambil keputusan untuk memboikot restoran yang memboikot atau enggan menjual Coca Cola, bukan kerana saya menyokong apa yang dibuat oleh Israel di Gaza kerana bersolidariti dengan pekerja-pekerja syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd dan lain-lain perniagaan yang berasal dari Amerika Syarikat yang menggajikan orang Melayu.

Mengikut laman web F&N Coca Cola Sdn Bhd, terdapat hampir 1,400 pekerja bekerja dengan syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd. Siapakah agaknya pekerja majoriti di syarikat tersebut? Melayu atau Bangla?.

Saya harap saudara pembaca tidak akan terburu-buru mengikut dan menyokong kempen memboikot Coca Cola dan lain-lain barang buatan Amerika Syarikat, tetapi renung sejenak bahawa yang akan mendapat tempias daripada kempen boikot adalah orang Melayu sendiri.

Cuba anda pergi ke Mc Donald. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Cuba anda pergi ke Pizza Hut. Siapakah majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.
Cuba pergi ke Burger King. Siapa majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke Starbuck. Siapa majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke KFC. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.

Apa yang saya ingin katakan disini ialah walaupun pada asasnya restoran-restoran ini sememangnya dari Amerika Syarikat tetapi pada hakikatnya kesemua restoran-restoran ini dimiliki oleh francais tempatan dan malahan ramai diantara pemegang francais adalah orang Melayu ataupun syarikat Bumiputera. Sebagai contoh KFC dan Pizza Hut di Malaysia dan Singapura dimiliki anak syarikat Johor Corporation. Sebagai anak Johor, takkanlah saya hendak melihat sebuah syarikat Johor terjejas perniagaannya.

Jadi sekiranya saya seorang India dan Kristian prihatin, mengapakah yang lain begitu bersedia dan mengajak orang ramai mengambil tindakan untuk menjejaskan perniagaan dimana majoriti pekerjanya adalah orang Melayu ataupun diusahakan oleh orang ataupun syarikat Melayu.

Kalau nak tunjuk belang, pandai-pandailah sedikit. Ini ibarat nyamuk, kelambu dibakar.

Tak ada cara lain ke nak tunjuk bantahan terhadap Amerika Syarikat.

Pernahkah mereka yang memulakan kempen memulaukan barangan dan restoran-restoran berasal dari Amerika Syarikat fikir apa yang akan terjadi jika perniagaan restoran-restoran ini merundum. Ada kemungkinan, pekerja-pekerja restoran ini akan diberhentikan ataupun dikurangkan waktu kerja mereka. Dalam keadaan sedemikian siapa yang susah. Keluarga pekerja ataupun penganjur kempen boikot?

Tidakkah, tuanpunya restoran takut bahawa mungkin ada orang yang akan sengaja memulau restoran Islam yang enggan menjual Coca Cola dan pergi ke restoran India atau Cina sebagai tanda protes mereka. Perlu ingat, bukan semua yang setuju dengan apa yang dibuat oleh Hamas. Lihat bagaimana kerajaan negara-negara Arab kecuali Iran yang membisu dan nyata tidak mahu menolong mahupun menyokong Hamas.

Mengapakah mereka yang melancarkan kempen boikot barangan Amerika Syarikat ataupun Coca Cola tidak memulakan boikot terhadap barangan keluaran Mesir dan Jordan. Tidakkah kedua-dua negara ini mempunyai pertalian diplomatik dengan Israel. Mengapa tidak lancarkan kempen boikot melancong ke Mesir ataupun Jordan.

Kesimpulannya ialah pendekatan memulau Coca Cola bukan satu strategi yang arif lebih-lebih lagi apabila yang berkemungkinan mendapat tempias ialah pekerja dan pengusaha Melayu.

(Diambil dari normanfernandez.blogspot.com)

Di sini saya ingin bertanya,saya salah seorang dari pekerja dari syrikat F&n coca cola (M)..yg membuat air coca cola yg di boikot oleh PPIM ini..masalahnya.
1) Haruskah saya dan kawan2 saya yg berugama islam berhenti kerja.
2)kalau jawapannya YA..siapakah yg akan menanggung keluarga kami,sekiranya kami berhenti kerja.
3)Haramkah gaji kami ini?
4)kalau jawapan nya Ya...kalau tak silap saya ada lebih 1400 org pekerja Islam yg bekerja di syarikat ini...ada yg bekerja lebih dari 30 tahun,maknanya kalau gaji kami haram...Fikirla sendiri.
Dan saya tidak menyokong apa yg israel buat kat Gaza!!!

JAWAPAN 1

SALAM....

Tahniah diucapkan kepada saudara yang mengambil keputusan memboikot restoran yang enggan menjual coca-cola kerana ingin bersolidariti dengan syarikat AS yang menggajikan orang-orang MELAYU.

Cuma saya ingin bertanya kepada saudara – agak-agaknya jumlah gaji 1,400 orang MELAYU yang dibayar oleh Coke itu adakah dapat mencecah jumlah gaji 10 orang ahli korporat mereka, atau katalah 5 % daripada keseluruhan dana yang berpindah ke Negara mereka?

Dan, daripada jutaan ribu dana itu, berapa peratus pula yang dikirim ke Israel untuk membantu membunuh umat seagama kita ? Sebenarnya ini bukan persoalan kehidupan sahaja. Bukan persoalan anak isteri dapat makan esok hari. Ia lebih dari itu. Ia melibatkan samada kita benar-benar merasa bahawa Islam itu perlu dibela atau tidak.

Islam dan Ummah yang diperlekehkan dan dihina. Samada kita dapat merasakan kesedihan, kemarahan dan dan kebencian sepertimana yang dirasa oleh saudara-saudara kita di Plaestine. KEBETULAN orang-orang MELAYU yang bekerja di F&N Coca Cola Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada sumber tenaga mereka.

BUKAN di sana sahaja yang ada peluang bekerja… Kalau dibuat statistik, berapa puluhan ribu pula ORANG MELAYU yang diambil bekerja oleh pengusaha kilang JEPUN, KOREA, PERANCIS, JERMAN dan LAIN-LAIN Negara yang tidak bersekongkol dengan Negara Sombong dan Angkuh yang DILAKNAT OLEH ALLAH itu !! Kebetulan, mungkin daripada beribu-ribu perniagaan francais dari AS itu, saudara kata ”ramai” yakni, adakah sampai 2% dipegang oleh orang MELAYU?. Mungkin perniagaan ini dimiliki oleh dua tiga kerat yang elit-elit tu.

Tetapi ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya kedudukan ekonomi orang-orang MELAYU pada keseluruhannya. Oleh yang demikian, alangkah eloknya jika syarikat-syarikat ’kita’ itu memiliki francais kita sendiri untuk membela nasib kaum Bumi/Islam dan tidak berkiblatkan AS yang membela Zionis.

Kenapa orang Islam TIDAK MAMPU berniaga seperti BURGER KING, MC DONALD, PIZZA HUT dengan berpandukan FRANCAIS keIslaman ? Kenapa mesti berpandukan Francais Amerika Syarikat atau Kaum Zionis juga? Ini menunjukkan, umat Islam LEMAH se LEMAHNYA...

Sebab kita TIDAK BERSATU di dalam apa-apa tindakan yang dianjurkan – baikpun di negara-negara Arab, maupun di mana saja. Tidakkah kita TAHU, bahawa orang-orang bukan Islam, sudah L-A-A-M-A tidak membeli daripada perniagaan orang Islam ? Bukankah itu nyata-nyata satu tindakan memboikot?

Cuma orang-orang Islam sahaja yang rata-rata tidak peduli, malahan suka dan seronok membeli daripada perniagaan peniaga bukan Islam. Cuba fikirkan, kenapa peniaga Islam yang tulen tidak dapat naik dan maju ? Jawapannya kerana orang bukan Islam tidak akan memberi kerjasama dalam bentuk apa jua sekali pun, sepertimana mereka memberi dan bertolak ansur kepada sesama mereka...

Dan, yang lebih sedih, kerana orang Islam sendiri tidak menyokong. Tindakan memboikot ini sebenarnya BUKAN hanya bertujuan untuk menggugat sedikit sebanyak ekonomi musuh Islam, tetapi YANG PENTING ialah untuk menunjukkan BANTAHAN terhadap kebencian kita sebagai Umat yang sedang diperlakukan dengan sewenang-wenangnya seolah-olah nyawa umat Islam tidak ada harga walau satu sen !!

Apakah yang mampu kita, sesama umat ini, melakukan selain daripada menunjukkan rasa kebencian ini ? Agaknya bolehkah KERAJAAN kita sebagai Negara majoriti Islam, mengambil tindakan untuk memberhentikan hubungan diplomatik dengan mereka ? Saudara bertanya tidak ada cara lain ke !!

Kami sedia mendengar jika ada cara yang lebih baik dan lebih pandai ! Bukankah sepatutnya kita, dengan saudara seagama, diibaratkan satu tubuh..? Bukankah sesuatu perbuatan kejam itu hendaknya dihalang dengan apa jua kekuatan yang termampu? Patutkah kita berdiam diri sehingga perkara itu terjadi kepada anak isteri atau diri kita sendiri ??

Bukan hendak menunjuk belang. Kerana tidak ada ’belang’ lah maka kita anjurkan cara yang terkebawah. Tetapi, untuk berjaya, ia MEMERLUKAN WADAH DAN SUARA, SERTA TINDAKAN YANG BERSATU.

Perlu diingatkan bahawa merundumnya perniagaan dan ekonomi dunia sekarang, BUKAN kerana tindakan boikot kita! Ia telah bermula awal-awal lagi sebelum Israel menyerang Palestine. Jadi jika pemberhentian pekerja-pekerja itu terjadi, ia BUKAN digerakkan oleh tindakan boikot kita!

Sebagai bukti, tindakan memboikot itu BUKAN semua orang setuju. Termasuklah saudara ! Yang perlu diingatkan lagi ialah – setiap sesuatu yang berlaku itu BUKAN kerana tindakan kita secara terus, tetapi kerana KEHENDAK ALLAH.

Ramai manusia yang sejahtera sewaktu dunia gamat. Ramai juga yang gamat sewaktu dunia aman dan makmur. Pokok pangkalnya, di dalam hidup ini, samada kita ingin dan telah BERUSAHA untuk mencari keberkatan dan keredhoan Allah atau tidak.

Kita berusaha, dan kita berpendapat, jika Allah bertanya, apa yang telah kita lakukan sewaktu melihat dan mengetahui saudara-saudara kita, wanita, dan anak-anak kecil penyambung zuriat, di bedil dengan kejam, sekurang-kurangnya kita telah berusaha apa yang termampu, sebagai sedhaif-daif iman.

Kita tidak pun berkejar kesana dengan melaung jihad fisabilillah; kita tidak dapat mengirim wang sebanyak AS mengirim kepada Israel; kita tidak dapat mengirim sebilah senjata pun untuk mereka mempertahankan hak dan maruah mereka, yakni hak dan maruah kita juga. Mungkin kita boleh mengatakan YA ALLAH, kami tidak berdaya.

Namun kami menunjukkan kebencian kami kepada kaum YAHUDI dan NASRANI yang bersekongkol, dengan memboikot barangan mereka. Mereka memegang tampok ekonomi dunia. Namun segala kekuasan adalah di TanganMu. Wallahua’lam.

2) JAWAPAN 2

Islam ajaran syumul. meliputi aqidah, ibadah, ukhwah, akhlak, amar makruf nahi mungkar, iktisad, masyarakat, tarbiah, siasah, jihad, daulah dan sebagainya. Tidak berlaku kesempurnaan Islam jika tidak dilaksanakan seseluruhannya.Kesemua itu merupakan perintah Tuhan yang sama (Allah).

Tidaklah terlaksana kehambaan itu semata-mata dengan sembahyang atau puasa sahaja. Perintah Allah yang meliputi segenap bidang kehidupan itu terlalu banyak, dan semua itu menjadi ujian kepada hamba-hamba Nya yang beriman.

Lulus atau gagalnya seseorang hamba itu akan menentukan ganjaran buat nya di akhirat nanti, dan ganjaran itu, jika baik, bukanlah bandingan sekadar secawan kopi di kedai mamak, atau pun sebuah Proton Saga, manakala jika buruk pula bukan lah sekadar berlapar sehari atau dipenjarakan di penjara selesa di dunia ini, tetapi sebaliknya merupakan balasan yang tidak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia.

Orang yang benar-benar beriman dan mengerti tentang hakikat tujuan hidup di dunia dan ganjaran di kehidupan akhirat akan sanggup mengorbankan keselesaan hidup didunia, semata-mata untuk mendapatkan keselamatan diakhirat. Islam tidak akan sampai kepada kita jika para pendakwah tidak sanggup meninggalkan keselesaan hidup menetap di negara sendiri.

Mereka mengharung lautan, menepuh kesusahan, meninggalkan anak isteri dan perniagaan, semata-mata kerana menunaikan perintah Allah. Apa pendapat kita, jika sewaktu Allah memerintahkan berhijrah kepada para sahabat, jika mereka enggan, tetapi sebaliknya mengutarakan soalan-soalan seperti:

"bagaimana dengan makan minum, kebun kurma dan perniagaan kami di mekah, tanah tumpah darah dan gelanggang rezeki kami? kami tak mahu ikut lah, malah kami akan buat gerakan anti hijrah, kerana hijrah ini menggugat kepentingan kami."

Jika menilai dari segi tuntutan Islam (perintah Allah yang diwajibkan), sepatutnya kita umat Islam pergi beramai-ramai bersama-sama berjihad (berperang menggadaikan nyawa) menunaikan tanggungjawab membebaskan Masjid Al-Aqsa dan membela nasib umat Islam di sana yang dijajah, dihina dan diseksa, dibunuh dan dinafikan hak dan maruah serta keperluan untuk hidup.

Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab orang beriman bukan sekadar cari makan untuk hidup, seperti hal nya dengan haiwan. Orang kafir Amerika pun tahu nak membantu sekutunya Israil. Merera juga ada rasa 'persekongkolan' sesama mereka. Apakah kita tiada rasa terpanggil untuk membantu saudara-saudara kita sedangkan itu adalah sebahagian daripada perintah Allah (jika kita merasakan redha Allah itu ada harga dan kita mengharapkan nya)?

Bagaimana keadaan saudara jika peribadi saudara sendiri mengalami penderitaan seperti di Palestin? Katakanlah pemilik kilang Coca-cola dimana saudara bekerja itu, membunuh anak dan isteri saudara. Adakah saudara akan terus bekerja di kilang itu? Terpisahkah di antara persoalan pekerjaan dengan pembelaan dan maruah?

Sememangnya setiap tindakan secara mesyarakat itu akan menjejaskan sebahagian anggota, namun anggota itu tidak sepatutnya berusaha untuk menggagalkannya. kita sepatutnya bertindak diatas semangat dan kepentingan ummah. Baru ada solidarity, baru ummah ini kuat dan dihormati. Kalau tidak, nanti apabila Israil atau Singapura serang Malaysia, Indonesia pun tak sanggup walau nak susah sedikit bagi membantu kita.

Padanlah dengan kita yang tidak sanggup walaupun hanya sekadar diminta tolong boikot. Kita kena faham bahawa peperangan memerlukan wang. Wang itu mereka perolehi daripada perniagaan.

Patutkah kita menyokong perniagaan yang membiayai pembelian bom, yang akan digunakan untuk memusnahkan kehidupan orang Islam? Islam suruh cari rezeki yang halal dan baik .

Bukan sekadar cari makan. Kalau sekadar cari makan saja. Kilang arak pun menampung ramai pekerja. Institusi kewangan riba (interest) lagi banyak menampung pekerjaan.Ini (mencari yang halal) perintah Allah, dan kita kena ingat yang rezeki juga milik Allah. Begitu juga syurga dan neraka.

Coke bukanlan makanan yang baik- mengandungi berbagai bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Kehalalannya diragui. Mengandungi alkohol yang sengaja dicampurkan kedalam nya. Kalau yang di fast food sehingga 3 peratus alkohol.

Pemiliknya Yahudi yang memusuhi Islam. Jika saudara berada didalam keadaan dharurat, daging babi pun boleh dimakan, tetapi, jika kita didalam keadaan yang boleh berusaha dan berikhtiar, carilah yang lebih baik daripada itu, dan, kepayahan saudara berikhtiar itu bukan percuma. Semuanya diberi ganjaran oleh Allah.

Dan ingatlah , Allah Maha Pemberi Rezeki.

Isnin, 10 Ogos 2009

AKHLAK DAN GERAKAN ISLAM


Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama.

Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini.

Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah:

1. Akhlak terhadap Allah 2. Akhlah terhadap Rasulullah 3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran) 4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah 5. Akhlak sesama jiran tetangga 6. Akhlak terhadap orang ramai


Konsep akhlak dalam Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah.
Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa, akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik akhlaknya."

Akhlak terhadap Allah SWT
Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat, bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.
Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa, kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di sisi-Nya.

Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)
Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian, penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna.

Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui Allah SWT.

Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik, kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan lain-lain.

Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah
Hadis adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.

Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi, Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir, mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain.

Akhlak sesama jiran tetangga
Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan kita.

Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara praktikal.

Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar terhadap karenah-karenah mereka."

Akhlak terhadap orang ramai
Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan cara yang salah untuk sampai kepada matlamat.

Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai.

Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah."

Sabtu, 8 Ogos 2009

H1N1

Hari ini wabak H1N1 semakin menjadi-jadi di negara kita. Saban hari ada je berita-berita mengenainya dikeluarkan. Makin banyak sekolah-sekolah, IPT-IPT yang dipaksa tutup disebabkan H1N1 ini. Setiap hari juga bilangan angka yang terkena virus ini semakin bertambah. Di sini saya ingin menyarankan kepada semua agar membuat persedian awal agar tidak terkena wabak H1N1 ini. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor. Semua produk-produk ini boleh didapati di cawangan2 HPA atau stokis-stokis yang berdekatan.

1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.

Walaubagaimana pun saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua supaya memperbanyakkan berdoa kepada ALLAH agar virus H1N1 ini tidak terkena pada diri kita, ahli keluarga, sahabat2 dan berharap juga virus ini akan segera berakhir..InsyaALLAH......

Khamis, 30 Julai 2009

AMALAN-AMALAN DI BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW
.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Isnin, 27 Julai 2009

TENTATIF DAN ACARA FESTIVAL KEDAH

TENTATIF DAN ACARA FESTIVAL KEDAH
27/7/2009 (ISNIN)


8.00 pagi : Senamrobik (Wanita sahaja)
: Expo Penternak, Peladang dan Nelayan.
: Pameran Program Pembangunan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan dan GLC.
: Pameran dan Jualan Produk oleh Syarikat Swasta & Usahawan Tempatan.

10.00 pagi : Bicara Wanita.

3.00 petang : Forum "Rebranding Indian Community Towards Kedah Sejahtera".

9.00 malam : Persembahan Konsert Artist Jemputan :

- Ramli Sarip
- Ezad Exist
- Live Band


Ahad, 26 Julai 2009

HPA MASUK TV9 ACARA KOPI TARIK


Sila KLIK video di atas untuk tontonan


Tahniah diucapkan kepada HPA yang baru sahaja selesai menerusi siaran langsung TV9 yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi tadi dalam acara "Kopi Tarik". Banyak acara-acara lagi yang berlangsung pada pagi tadi menerusi TV9 antara-antaranya ialah seperti "Persembahan Memasak" selain acara "Kopi Tarik". Pengacara yang dihoskan dalam acara "Kopi Tarik" ialah pengacara TV9, Farah Adeeba selain juga turut hadir pengacara tersebut ialah Aziz Desa. Alhamdulillah, "Kopi Radix HPA" menjadi Product Killer yang menjadi rebutan dan pilihan para pengunjung-pengunjung,artist-artist dan tidak lupa juga pengacara TV9 sendiri (Farah Adeeba & Aziz Desa) yang tidak putus-putus mencubanya beberapa kali "Kopi Radix" dan mereka menyatakan bahawa kopi HPA sangat-sangat sedap. "MAI SECAWAN......." Itulah antara slogan-slogan yang diutarakan oleh mereka.