CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 18 Mei 2009

BERBEKAM

"Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah Ta'la tidak menurunkan penyakit malainkan juga menurunkan ubatnya,kecuali satu penyakit saja,iaitu tua."- Al Hadis.

Sebagai metode perubatan ,pilihan yang paling tepat adalah rawatan 'bekam',kerana dengan berbekam mampu menembuh pelbagai penyakit.
Sabda rasulullah"Jibril memberitahu ku bahawa bekam adalah merupakan pengubatan yang paling bermanfaat kepada umat manusia.
Ringkasnya bekam adalah mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit.
Bagaimana darah menjadi kotor?

Darah boleh dicemari melalui pelbagai macam.Terutama melalui asap rokok dan asap kenderaan. Memang kita sentiasa terdedah kepada ancaman seperti ini.

Darah yang kotor akan menompok dibawah kulit.Jika tidak dikeluarkan, akan melemahkan tubuh seseorang dan mudah diserang penyakit.
Sebagai method pengubatan bekam boleh disimpulkan sebagai proses menyahtoksik yang sangat berkesan.
Sebagai methode pengubatan sudah tentunya bekam mempunyai pelbagai khasiat seperti:-
-mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit.lantas peredaran darah menjadi lebih lancar.
-tubuh terasa lebih ringan setelah dibekam.
-penglihatan menjadi lebih tajam.
- rasulullah mengisyaratkan bekam mampu mengubati 72 jenis masalah kesihatan.

Umumnya darah yang keluar ada berbagai keadaan.Biasanya berwarna kehitaman dan kental.

Menurut imam al Ghazali, jika disuatu tempat tiada ahli bekam, akan datang suatu kehancuran kerana menempatkan diri di ambang kehancuran.

0 ulasan: