CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 30 Mei 2009

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Khamis, 28 Mei 2009

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.


MORAL & IKTIBAR

  • Allah bersifat dengan AR-RAHIM
  • Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat
  • Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka
  • Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih
  • Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah
  • Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki

Selasa, 26 Mei 2009

PUISI CINTAKU

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada yang Esa
demi cinta hakiki
ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
andai janji janji sering di mungkiri
apalah erti cinta murni
andai kata kata sering didustai

Sabtu, 23 Mei 2009

PERHATIAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM !!!

Try to avoid Pig Fat

E100, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436 E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904

It is d responsibility of every Muslim to follow the ISLAMIC PATH.
Ini adalah kod setiap barangan produk yang dijual di pasaran yang kemungkinan mengandungi lemak BABI. Oleh itu hendaklah semua umat Islam berhati-hati semasa membeli barangan di pasaran dan pastikan lihat nombor kod tersebut.

Jumaat, 22 Mei 2009

KERINDUAN DARI JAUHAN

Hari ni hari ke 4 aku berkhidmat di caw kemaman, dan 4 hri jgk aku telah meninggalkan kakak ku syg di kuala berang...sebaik melangkah kaki ke cawangan kemaman aku merasakan satu kelainan berlaku.Mananya keriuahan yang dlu ku rasai. Sudah hilang segala lawak jenaka antara kami dlu2. Tapi batas pergaulan tetap dijaga...Terasa amat rindu pada kenangan n suasana lalu.
Teringat kenangan makan bersama, indah sekali.."zuan,goreng pisang rM2, kepok RM2 pahtu goreng ubi RM2,kekg ktaorg byor".......tula antara pesanan yg pernah aku ucapkan dlu... time makan bapok la riuh, cstmer mari masing2 mula la, sorg cri tisu, 2 cri tisu.pastu adalah yang terlekat kak gigi la , kat mulut la.macam2 ragam kami.. kalu bab makn serah kat zuan, syok tgk dia mkn.hahahahahaah.
Bila ada pertukaran staf conform akan diadakan jamuan perpisahan. Mcm2 tempat kami buat perpisahan itu, tp time aku dlu ktorg buat kat seri kalong.be..............................st sgt tau.mkanan dia sda.......ppp sgt....
Terasa 2 bulan lbih d kuala berang suatu masa yang singkat..kat sna aku bnyak blaja benda yang bru..Dengan bermasalah2 yang di hadapi byak mengajar aku ngn kak ida erti sbar. Walaupn hti meronta nak marah tp nak wat guana.hahahahahahh.saboooooooooooor jela.hahahaahah
Kehadiran staf bru di caw kuala berang telah menambahkan lagi kecerian caw kuala berang. Dengan perwatakkannya yg lembut n sopan, untungla la siapa yang memilikinya.ehhheheheehh...jgan marah ye kak,gurau je.heheheheh...
Tapi kini smua tu hanya tinggal kenangan..bila teringat kenangan lalu sebak gak rasa, tapi xpe...makin jauh mkin sayang.btl x?

Isnin, 18 Mei 2009

BERBEKAM

"Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah Ta'la tidak menurunkan penyakit malainkan juga menurunkan ubatnya,kecuali satu penyakit saja,iaitu tua."- Al Hadis.

Sebagai metode perubatan ,pilihan yang paling tepat adalah rawatan 'bekam',kerana dengan berbekam mampu menembuh pelbagai penyakit.
Sabda rasulullah"Jibril memberitahu ku bahawa bekam adalah merupakan pengubatan yang paling bermanfaat kepada umat manusia.
Ringkasnya bekam adalah mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit.
Bagaimana darah menjadi kotor?

Darah boleh dicemari melalui pelbagai macam.Terutama melalui asap rokok dan asap kenderaan. Memang kita sentiasa terdedah kepada ancaman seperti ini.

Darah yang kotor akan menompok dibawah kulit.Jika tidak dikeluarkan, akan melemahkan tubuh seseorang dan mudah diserang penyakit.
Sebagai method pengubatan bekam boleh disimpulkan sebagai proses menyahtoksik yang sangat berkesan.
Sebagai methode pengubatan sudah tentunya bekam mempunyai pelbagai khasiat seperti:-
-mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit.lantas peredaran darah menjadi lebih lancar.
-tubuh terasa lebih ringan setelah dibekam.
-penglihatan menjadi lebih tajam.
- rasulullah mengisyaratkan bekam mampu mengubati 72 jenis masalah kesihatan.

Umumnya darah yang keluar ada berbagai keadaan.Biasanya berwarna kehitaman dan kental.

Menurut imam al Ghazali, jika disuatu tempat tiada ahli bekam, akan datang suatu kehancuran kerana menempatkan diri di ambang kehancuran.